Mesyuarat

Kembali

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PENGURUSAN ASET TAK ALIH (JPPATA) BIL.2 TAHUN 2023

Pengerusi :
YBrs. Ir. Mohamad Darus Bin Selamat
Merangkap Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan
Keterangan :
Mesyuarat ini merupakan satu platform perbincangan berkaitan Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan yang dihadiri oleh wakil Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) daripada kesemua 28 Agensi Kerajaan sahaja.
Turut hadir bersama-sama dalam mesyuarat ini adalah wakil Agensi Pakar seperti daripada:
1) Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
2) Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA), Jabatan Akauntn Negara Malaysia (JANM)
3) Bahagian Loji, Jentera dan Peralatan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
4) JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)
5) JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKRWPKL)

Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara seperti berikut :

1) Pembentangan Pelaporan Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (PATA) bagi sukuan pertama tahun 2023;
2) Pembentangan Skop Operasi dan Penyenggaraan Aset (OPA);
3) Pembentangan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Bagi Penyediaan Belanjawan (PB 1.3); dan
4) Pembentangan Prosedur Permohonan Kursus/Bengkel
Di dalam mesyuarat ini juga, ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) akan diadakan bagi merencana hala tuju dan polisi dalam pengurusan aset kerajaan yang melibatkan semua Agensi Kerajaan dan diharapkan aset negara dapat diurus dengan mampan melalui strategi yang berkesan supaya menjadi nilai tambah kepada negara.