Mesyuarat

Kembali

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN (JPAK) BIL. 1/2023

Pengerusi :
YBhg Tan Sri Dato Seri Ketua Setiausaha Negara (KSN)
Keterangan :
Mesyuarat juga turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) dan Pengawai Khas KSN. Juga dihadiri oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) selaku Ahli JPAK, YBhg. Dato Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) selaku Setiausaha JPAK dan YBrs Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA) serta para pegawai BPPA, Ibu Pejabat JKR selaku Urus Setia JPAK.
Ahli JPAK yang menghadiri mesyuarat secara atas talian adalah:

1) YBhg. Dato’ Dr Zulkapli bin Mohamed,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam.
2) YBhg. Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi,
Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara.

3) YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican,
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.

4) YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad,
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

5) YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz,
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Serta turut dihadiri wakil-wakil kepada ahli JPAK yang lain.

Mesyuarat JPAK kali ini membincangkan hala tuju dalam pengurusan aset kerajaan selain mesyuarat ini juga mengambil maklum terhadap pelancaran dokumen berikut iaitu:

1) Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Aset Jalan yang telah dibangunkan oleh pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), JKR
2) Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Aset Air yang telah dibangunkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).