Mesyuarat Perancangan Strategik Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan Bil.1/2015
Pihak Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) telah mengadakan Mesyuarat Perancangan Strategik Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan Bil.1/2015 pada 7 hingga 9 September 2015 bertempat di Pullman Hotel & Resort, Putrajaya Lakeside, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Seramai lapan puluh (80) orang ahli peserta mesyuarat daripada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghadiri mesyuarat tersebut. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk menganalisis dan menghasilkan penetapan / norma bagi keperluan struktur tadbir urus dalam Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan berdasarkan kategori dan kompleksiti aset tak alih di bawah kawalan agensi masing-masing. Hasil laporan ini akan dibawa untuk dibincangkan ke peringkat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 
"Ke Arah Transformasi Pengurusan Aset Kerajaan"
"Aset Negara 1 Amanah Bersama"