SEMINAR PROACTIVE MAINTENANCE FOR DESIGNERS
 
Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu  telah menganjurkan seminar yang bertajuk “Seminar On Proactive Maintenance For Designers” di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kuala Lumpur pada 4 -5 September 2018.

Program selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Harjit Singh a/l Inder Singh, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset disertai oleh seramai 170 orang terdiri daripada Pasukan Projek (HOPT) dan Pasukan Perekabentuk (HODT) projek-projek JKR.

Sebanyak sebelas (11) kertas pembentangan telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada para akademik dari luar negara dan juga pegawai-pegawai JKR yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan luas dalam bidang pengurusan aset dan fasiliti. Ini telah memberi peluang kepada peserta seminar untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan serta pendedahan berkenaan amalan penyenggaraan pro aktif di peringkat perancangan dan rekabentuk kepada Pasukan Projek dan Pasukan Perekabentuk projek-projek JKR bagi memastikan rekabentuk JKR mengambilkira rekabentuk kebolehsenggaraan dan amalan terbaik penyenggaraan pro aktif ke arah pewujudan aset berprestasi tinggi.

Antara kertas pembentangan yang dibentangkan adalah:
  1. Ir. HJ. MOHD SABRI BIN MAT DERIS
  2. ​Dr. KANG KOK HIN
  3. Ir. SYED JAAFAR IDID BIN SYED ABDYLLAH IDID
  4. EN. ZULKHAIRI BIN AWANG @ HASHIM
  5. TN. HJ. MOHD ILHAMI BIN IDRUS
  6. PN. NOORSYARINI ROSARIA BINTI NOORDIN
  7. PN. NOR SADILAH BINTI SADIKUN
  8. PN. JUNAIDAH BINTI ROSLI​​
  9. PN. SALAWATI BINTI SALLAN

  10. RUMUSAN PEMBENTANGAN
Slaid dan rumusan pembentangan boleh dimuat naik di portal J-Pedia atau di laman sesawang Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) dan Gambar-Gambar sepanjang Seminar dipaparkan di ruang Aktiviti Seminar DFM.

Pihak BPPA, CPAB sebagai penganjur merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sokongan pihak pengurusan atasan Jabatan dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan seminar tersebut.