Seminar Sistem Pengurusan Fasiliti Berpusat


 15/09/2015 - 15/09/2015

 Hotel Vistana, Kuala Lumpur

Seminar Sistem Pengurusan Fasiliti Berpusat anjuran Bahagian Perundingan Pengurusan Aset telah berlangsung pada 15 September 2015 bertempat di Hotel Vistana, Kuala Lumpur.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada kakitangan kerajaan terhadap kepentingan terhadap Penggunaan Sistem Pengurusan Fasiliti Menyeluruh. Ianya juga bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang Spesifikasi penggunaan Sistem Pengurusan Fasiliti Berpusat JKR dalam Facilities Management and Maintenance Contract (FMMC).

Pengarah, Bahagian Perundingan Pengurusan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBhg. Ir. Ramli bin Mohd Yusoff telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seminar ini yang dihadiri oleh kakitangan JKR ibu Pejabat, JKR Negeri-Negeri, pegawai-pegawai Kader JKR dan pegawai dari kementerian yang terlibat dalam pengurusan fasiliti dengan jumlah keseluruhan peserta adalah  seramai lebih kurang 120 orang. Pada sebelah petang, satu Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Fasiliti Berpusat telah berlangsung dan disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, Ir. Shahruddin bin Shahril yang mewakili Ketua Pengarah Kerja Raya.

Sebanyak 6 kertas kerja yang dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang pengurusan fasiliti iaitu Hj. Dzulhadi bin Sapari dari JKR, En. Rohaizan bin Abdullah (CWorks Systems Berhad), En. Mohd Azrin bin Mohd Zain (CWorks Systems Berhad) dan En. Zulatfi bin Ali (CWorks Systems Berhad).
Dengan pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para penceramah, seminar ini merupakan satu platform yang sesuai untuk kakitangan kerajaan bertukar pendapat, idea dan khidmat nasihat dalam memantapkan lagi bidang Pengurusan Fasiliti di sektor kerajaan.
 
Berikut adalah senarai kertas kerja yang dibentangkan oleh pembentang:

Kertas Kerja 1 : Kronologi & halatuju Pelaksanaan SPFB di JKR
 
Kertas Kerja 2 : Spesifikasi CMMS JKR dalam Kontrak FM
 
Kertas Kerja 3 : SPFB JKR bukan sekadar CMMS
 
Kertas Kerja 4 : SPFB JKR tingkatkan prestasi kontraktor FM
 
Kertas Kerja 5 : SPFB JKR Executive Monitoring Dashboard
 
Kertas Kerja 6 : SPFB JKR System Demo