Mesyuarat/ Bengkel Pemurnian Dokumen Manual Kerja Operasi Penyenggaraan Aset dan Dokumen Garis Panduan Tahap Prestasi Penyenggaraan


 15/06/2015 - 16/06/2015

 Hotel Corus Paradise Resort, Port Dickson

Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Dokumen Manual Kerja Operasi Penyenggaraan Aset dan Dokumen Garis Panduan Tahap Prestasi Penyenggaraan pada 15 dan 16 Jun 2015 bertempat di Hotel Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang pegawai dari Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Tujuan bengkel ini adalah untuk sesi pemurnian dan tambahbaik draf dokumen Manual Operasi JKR - Pengurusan Operasi Penyenggaraan dan Dokumen Garis Panduan Tahap Prestasi Penyenggaraan agar menjadi lebih lengkap dan praktikal.