Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Risiko Fasiliti Bil. 1/2015


 07/05/2015 - 08/05/2015

 Bilik Mawar 1, Tingkat 12, Blok B, Kementerian Kerja Raya Malaysia

Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Risiko Fasiliti Bil. 1/2015 pada 7 dan 8 Mei 2015 bertempat di Bilik Mawar 1, Tingkat 12, Blok B, Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 28 orang pegawai dari Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Tujuan bengkel ini adalah untuk sesi pemurnian dan tambahbaik Garis Panduan Pengurusan Risiko Fasiliti yang telah dibangunkan sebelum dimuktamadkan agar menjadi lebih lengkap dan praktikal.