Mesyuarat Penyediaan Input Kerangka Strategik Pengurusan Aset Kerajaan (KSPAK) Bil.2/2015


 07/12/2015 - 09/12/2015

 Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

Mesyuarat Penyediaan Input Kerangka Strategik Pengurusan Aset Kerajaan (KSPAK) Bil.2/2015 telah diadakan pada 07-09 Disember 2015 bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Seramai tida puluh (30) ahli peserta mesyuarat daripada Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut diadakan adalah bertujuan untuk menganalisis dan menghasilkan input bagi memantapkan deraf dokumen KSPAK yang merupakan kerangka yang strategik dan komprehensif dengan mengambilkira dasar, senario dan cabaran semasa yang semakin kompleks serta memastikannya relevan dengan Agenda Nasional.

Selain itu, ianya juga merupakan hala tuju yang dirangka secara bersepadu mengenai Pengurusan Aset Kerajaan untuk tempoh lima (5) tahun bermula 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2020.