Mesyuarat Perancangan Strategik Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan Bil.1/2015


 07/09/2015 - 09/09/2015

 Pullman Hotel & Resort, Putrajaya Lakeside, WP Putrajaya

Mesyuarat Perancangan Strategik Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan Bil.1/2015 telah diadakan pada 7 hingga 9 September 2015 bertempat di Pullman Hotel & Resort, Putrajaya Lakeside, WP Putrajaya. Seramai lapan puluh (80) ahli peserta mesyuarat daripada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut diadakan adalah bertujuan untuk menganalisis dan menghasilkan penetapan / norma bagi keperluan struktur tadbir urus dalam Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan berdasarkan kategori dan kompleksiti aset tak alih di bawah kawalan agensi masing-masing. Hasil laporan analisis ini akan dibawa untuk dibincangkan ke peringkat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
 










 
"Ke Arah Transformasi Pengurusan Aset Kerajaan"
"Aset Negara 1 Amanah Bersama'