PENGENALAN JPAK
Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) merupakan satu Jawatankuasa khas di peringkat tertinggi yang ditubuhkan bagi  memberi tumpuan kepada perkara-perkara strategik berkaitan pengurusan aset. Jabatan Kerja Raya (JKR)  dilantik sebagai urus setia bagi menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan Mesyuarat JPAK disamping bertindak sebagai badan tadbir urus dan penguatkuasaan kepada pelaksanaan Pengurusan Aset Kerajaan.
 
OBJEKTIF

Memastikan Aset Kerajaan diuruskan dengan cekap, profesional, ekonomik dan selamat digunakan”

 
FUNGSI JPAK

Antara fungsi-fungsi JPAK terhadap Pengurusan Aset Kerajaan adalah :
  1. Menentukan hala tuju dalam pelaksanaan Pengurusan Aset Kerajaan.
  2. Menggubal dasar, strategi, pelan tindakan dan garis panduan bagi melaksanakan Dasar Pengurusan Aset Kerajaan khususnya mengenai standard, keselamatan, perolehan dan pembangunan sumber manusia.
  3. Menyelaras pelaksanaan Dasar Pengurusan Aset Kerajaan di antara agensi-agensi Kerajaan peringkat persekutuan.
  4. Menyediakan laporan berkala kemajuan pelaksanaan dan cadangan penambahbaikan Pengurusan Aset Kerajaan.
 
STRUKTUR ORGANISASI JPAK

Penubuhan JPAK : 24 Ogos 2007
 
PENGERUSI
Ketua Setiausaha Negara
AHLI
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Ketua Audit Negara
Akauntan Negara Malaysia
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
Ketua Pengarah Kerja Raya
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta
Ketua pengarah MAMPU
SETIAUSAHA
Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia
URUS SETIA
Jabatan Kerja Raya