Mesyuarat

Kembali

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PENGURUSAN ASET TAK ALIH (JPPATA) BIL.1 TAHUN 2023

Pengerusi :
YBrs. Ir. Dr. Ahmad Firdauz Bin Abdul Mutalib
Merangkap Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan

Keterangan :
Mesyuarat ini merupakan satu platform perbincangan berkaitan Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan yang dihadiri oleh wakil Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) daripada 29 Agensi Kerajaan sahaja.
Turut hadir bersama-sama dalam mesyuarat ini adalah wakil Agensi Pakar seperti daripada:
1) Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia
2) Bahagian Loji, Jentera dan Peralatan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
3) Bahagian Harta Tanah Persekutuan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
4) JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)
5) JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKRWPKL)
6) Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), IPJKR

Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara seperti berikut :

1) Pembentangan Pelaporan Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (PATA) sehingga sukuan ke-empat tahun 2022;
2) Pembentangan Program Pemantauan dan Naziran Agensi Kerajaan; dan
3) Pembentangan Kos Kitaran Hayat Aset (KKH) Dalam Pelaksanaan Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan.
Di dalam mesyuarat ini juga, adalah disyorkan untuk semua Agensi Kerajaan mengambil langkah yang proaktif dalam memastikan wujudnya komunikasi antara bahagian akaun dan pengurusan aset supaya data dan maklumat yang penting mengenai aset tak alih ini dapat direkodkan dalam penyata kewangan.