Mesyuarat

Kembali

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PENGURUSAN ASET TAK ALIH (JPPATA) BIL.3 TAHUN 2023

Pengerusi :
YBrs. Ir. Mohamad Darus Bin Selamat
Merangkap Urus Setia Jawatankuas Pengurusan Aset Kerajaan
Keterangan :
Mesyuarat ini merupakan satu platform perbincangan berkaitan Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan yang dihadiri oleh wakil Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) daripada kesemua 28 Agensi Kerajaan.

Turut hadir bersama-sama dalam mesyuarat ini adalah wakil Agensi Pakar seperti daripada:
1) Bahagian Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
2) Bahagian Loji, Jentera dan Peralatan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
3) Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
4) JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)
5) JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKRWPKL)
6) Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), IPJKR

Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara seperti berikut :

1) Pembentangan Pelaporan Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (PATA) sehingga sukuan ke-dua tahun 2023;
2) Pembentangan Pengurusan Lukisan Siap Bina (LSB);
3) Pembentangan Pengenalan Lukisan Terukur (LT); dan
4) Pembentangan Prosedur Pelupusan Aset Tak Alih Kerajaan.
Di dalam mesyuarat ini juga, adalah disyorkan untuk semua Agensi Kerajaan mengambil tindakan awal dalam mengumpul data yang diperlukan dalam penyata kewangan serta memastikan ianya adalah tepat dan berintegriti.