Program Pemantauan dan Naziran PATA Agensi Kerajaan

Kembali

PROGRAM PEMANTAUAN DAN NAZIRAN AGENSI KERAJAAN BILANGAN 2 TAHUN 2023

Objektif :
Objektif Program Pemantauan dan Naziran Pelaksanaan Pekeliling Am Bil.3 Tahun 2021 Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan bagi Tahun 2023 adalah bertujuan untuk menilai tahap pematuhan Agensi Kerajaan terhadap dokumen pengurusan aset tak alih kerajaan sebagaimana Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK), Manual Pengurusan Aset Menyeluruh Kerajaan (MPAM), Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) dan dokumen sokongan yang lain bagi premis yang telah dinamakan oleh peringkat tertinggi Agensi Kerajaan.
Keterangan :
Berdasarkan kepada Pekeliling Am Bil 3. Tahun 2021 di dalam Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) Versi 2.0 yang berkuatkuasa pada 30 September 2021, adalah menjadi tanggungjawab Urus Setia JPAK sebagai badan tadbir urus serta penguatkuasaan kepada pelaksanaan TPATA dan seterusnya melaporkan hasil pemantauan pengurusan aset tak alih kepada Pejabat Pengerusi JPAK (Ketua Setiausaha Negara).
Sehubungan itu, sebagai inistiatif kepada pemantauan dan penguatkuasaan kepada pelaksanaan TPATA Versi 2.0 ini, satu Program Pemantauan dan Naziran Agensi Kerajaan bagi tahun 2023 telah dilaksanakan ke atas premis yang terpilih iaitu Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kajang, Selangor
Skop pemarkahan naziran adalah berdasarkan kepada pelaksanaan prosedur dan borang yang berkaitan dalam menguruskan aset tak alih mengikut pekeliling, arahan dan garis panduan semasa yang berkuat kuasa. Ianya merangkumi beberapa elemen utama seperti berikut:
1) Penubuhan Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) dan Kesediaan Sumber
2) Perancangan Strategi Pengurusan Aset
3) Dokumentasi
4) Penerimaan dan Pendaftaran Aset
5) Operasi dan Penyenggaraan Aset
6) Penilaian Aset
7) Pemulihan/Pemuliharaan/Ubah Suai/ Naik Taraf Aset
8) Pelupusan Aset
9) Kehilangan dan Hapus Kira Aset