Mesyuarat

Kembali

MESYUARAT SIMULASI GARIS PANDUAN PELAN STRATEGI PENGURUSAN ASET (PSPA) INDUK DAN PSPA PEMBANGUNAN BIL 1/2023

Pengerusi :
Keterangan :

Mesyuarat ini bertujuan sebagai simulasi pengisian borang yang terdapat di dalam Garis Panduan PSPA Induk dan PSPA Pembangunan bagi memastikan borang yang dibangunkan adalah praktikal dan boleh dilengkapkan oleh Kementerian/ Jabatan dengan sempurna mengikut aliran tatacara yang ditetapkan.

Tujuan garis panduan ini adalah untuk memastikan aset tak alih sedia ada dapat digunakan secara optimum dan keperluan mewujudkan aset baharu berdasarkan justifikasi yang kukuh. Pembangunan garis panduan ini nanti dijangka dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pewujudan aset baharu, sebaliknya melihat kepada penyelesaian terhadap penggunaan aset sedia ada. Diharapkan agar pelaksanaan garis panduan ini kelak dapat membantu semua Agensi Kerajaan dalam perancangan dan pembangunan aset yang lebih strategik, seterusnya mengurangkan pembaziran dan aset yang sentiasa dalam keadaan baik serta berprestasi tinggi sebagaimana dikehendaki.

Kehadiran Peserta adalah dari Wakil Agensi Pusat dan Wakil Kementerian/ Jabatan
EPU, KEMENTERIAN EKONOMI,JANM,ICU,MOH,
KKDW,MOT,KPM,MOTAC,MINDEF,KETSA(NRECC)