Peluasan, Kursus, Bengkel & Seminar

Kembali

BENGKEL PENYEDIAAN PELAPORAN TADBIR URUS PENGURUSAN ASET TAK ALIH JKR.PATA-3A, JKR.PATA-3B & JKR.PATA-3C) TAHUN 2023

Keterangan :
Bengkel ini dihadiri oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan yang merupakan penyedia serta mereka yang terlibat secara langsung dalam penyediaan Pelaporan Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan.

Antara tujuan pelaksanaan bengkel ini adalah seperti berikut :

1. Penyelarasan pengisian pelaporan tadbir urus Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) berdasarkan kepada Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Edisi 2021 yang terkini;

2. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkenaan dengan pekeliling am, tatacara, garis panduan dan dokumen sokongan lain berkaitan dengan Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) Kerajaan; dan

3. Membangunkan kompetensi pegawai yang terlibat dalam penyediaan Pelaporan Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) Kerajaan.