Seminar Transformasi Pengurusan Aset Kerajaan 2015


 24/11/2015 - 24/11/2015

 Putrajaya International Convention Centre (PICC)

~~Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua kakitangan Kerajaan di pelbagai peringkat dalam Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan. Selain itu, seminar ini juga untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang pembangunan sistem aplikasi mySPATA Fasa 2 oleh JKR selaku Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan.
Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan perasmian seminar ini yang dihadiri oleh kakitangan JKR ibu Pejabat, JKR Negeri-Negeri, pegawai-pegawai Kader JKR dan pegawai dari kementerian yang terlibat dalam pengurusan aset dengan jumlah keseluruhan peserta adalah  seramai lebih kurang 450 orang.
Sebanyak 5 kertas kerja yang dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang pengurusan aset, pengurusan kewangan serta kontraktor yang membangunkan sistem mySPATA 2 Fasa 2.

Dengan pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para penceramah, seminar ini merupakan satu platform yang sesuai untuk kakitangan kerajaan bertukar pendapat, idea dan khidmat nasihat dalam memantapkan lagi amalan terbaik bidang Pengurusan Aset di sektor kerajaan.

Berikut adalah senarai kertas kerja yang dibentangkan oleh pembentang:

Kerta Pembentangan 1 : Hala Tuju Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan
                 (Ir.Hj. Mohd Sabri Bin Mat Deris, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu)
  
Kerta Pembentangan 2 : Isu Dan Cabaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Aset (SPA)
                 (En. Muhammad ‘Azmi bin Ab Kadir, Kementerian Kewangan Malaysia)

Kerta Pembentangan 3 : Pelaksanaan Pengurusan Perubahan (Change Management) Di Dalam   Projek ICT Sektor Awam
                (Hjh. Nor’ini binti Ab Rahman, MAMPU)

Kerta Pembentangan 4 : Dashboard mySPATA
                 (Manoj Goel, KO NAR JV Sdn. Bhd.)
  
Kertas Pembentangan 5 : Accelerating Learning Through Community Of Practice and Knowledge Networks
                 (Sr. Roznita binti Othman, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu)