Mesyuarat Perancangan Strategik Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan Bil.2/2015


 30/09/2015 - 02/10/2015

 Premiere Hotel, Klang

Mesyuarat Perancangan Strategik Tadbir Urus Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan Bil.2/2015 telah diadakan pada 30 September hingga 2 Oktober 2015 bertempat di Premiere Hotel, Klang. Seramai tujuh puluh dua (72) ahli peserta mesyuarat daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut diadakan adalah bertujuan untuk menganalisis dan menghasilkan penetapan / norma bagi keperluan struktur tadbir urus dalam Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan berdasarkan kategori dan kompleksiti aset tak alih di bawah kawalan agensi masing-masing. Hasil laporan analisis ini akan dibawa untuk dibincangkan ke peringkat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).