1. Berdasarkan Struktur Organisasi di atas, adakah perlu bagi Pengurus Besar (Pegawai Pengawal) mewujudkan Unit Pengurusan Fasiliti?
  • Menurut Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2012 perenggan 4.3(ii)(a) & 4.3(ii)(b)(1)  : Pegawai Pengawal perlu mewujudkan Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) di peringkat Kementerian/Jabatan/ Agensi dan organisasi di bawahnya. Unit Pengurusan Fasiliti terdiri daripada Pegawai Teknikal Fasiliti (PTF), Pegawai Daftar & Data Fasiliti (PDF), Pegawai Inspektorat Fasiliti (PIF) dan Pegawai Operasi Fasiliti (POF). Pegawai-pegawai tersebut perlu dilantik (melalui surat lantikan rasmi) bagi menguruskan aset tak laih mengikut syarat dan kelayakan yang bersesuaian.
 
2. Siapakah yang layak dilantik sebagai Pegawai Teknikal Fasiliti (PTF)?
  • Peranan dan tanggungjawab PTF adalah sebagaimana Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Bab A Perenggan 5.7.1.
  • PTF merupakan pegawai yang akan mengawal dan memantau bagi keseluruhan perancangan dan bajet operasi (bajet mengurus) di dalam menguruskan semua aset tak alih di bawah kawalan Pegawai Pengawal tersebut. Disamping itu, PTF juga perlu memantau keperluan sumber, pembangunan kompetensi dan mengemukakan laporan-laporan teknikal kepada Pengerusi JKPAK dan Pegawai Pengawal.

 3. Siapakah yang layak dilantik sebagai Pegawai Operasi Fasiliti (POF)?
  • Peranan dan tanggungjawab POF adalah sebagaimana Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Bab A Perenggan 5.7.3.
  • POF merupakan pegawai yang terlibat secara operasi di dalam melaksanakan aktiviti setiap fasa dalam kitaran hayat aset tak alih. POF akan menyediakan perancangan dan anggaran bajet tahunan serta laporan-laporan teknikal sebagaimana TPATA.

 4. Siapakah yang layak dilantik sebagai Pegawai Inspektorat Fasiliti (PIF)?
  • Peranan dan tanggungjawab PIF adalah sebagaimana Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Bab A Perenggan 5.7.4.
  • PIF merupakan pegawai yang mengawal dan memantau pelaksanaan audit pematuhan akta, peraturan, pekeliling dsbnya disamping mengawal dan memantau pelaksanaan penilaian prestasi & keadaan aset (Asset Performance & Condition Assessment), penyiasatan aset dan sebagainya.

 5. Siapakah yang layak dilantik sebagai Pegawai Daftar & Data Fasiliti (PDF)?
  • Peranan dan tanggungjawab PDF adalah sebagaimana Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Bab A Perenggan 5.7.2.
  • PDF merupakan pegawai yang mengawal dan memantau pelaksanaan pendaftaran aset tak alih dan memastikan maklumat dan data daftar aset mematuhi tatacara dan aplikasi sistem PATA (mySPATA) yang ditetapkan.

 6. Dari segi keanggotaan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) (Fasiliti), ada menyatakan PTF (Selain urusetia), berapa ramaikah PTF yang boleh dilantik di sebuah agensi?
  • Sila rujuk Rajah 8.0 : Model Umum Struktur Organisasi Tadbir Urus PATA Bab A : TPATA m/s 11.
  • PTF wujud di peringkat kementerian, di peringkat Jabatan/ Agensi, di peringkat negeri dan di peringkat daerah (bergantung kepada struktur organisasi agensi tersebut)

7. Adakah ahli JKPAK (Fasiliti) melibatkan semua ketua unit (rujuk semula struktur organisasi LPB) atau ketua-ketua unit yang tertentu sahaja?
  • Merujuk kepada Pekeliling Am Bil. 2 tahun 2012 Perenggan 4.5(iii) (Agenda Mesyuarat JKPAK (Fasiliti)), ketua unit yang terlibat sebagai ahli JKPAK (Fasiliti) hendaklah yang terlibat di dalam memberi input-input sebagaimana agenda mesyuarat. Disamping melibatkan input-input teknikal, input-input dari segi kesediaan sumber (sumber manusia, ABM (Emolumen), ABM (Operasi),pengurusan pejabat, peralatan kerja) perlu juga dibincangkan. Mungkin ketua unit tertentu sahaja yang terlibat.

8. Adakah Tanah termasuk kategori aset tak alih kerajaan?
  • Merujuk kepada Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK) Aset Tak Alih bermaksud aset yang kekal dan tidak boleh dialih dari tempatnya iaitu tanah, infrastruktur dan bangunan. Ia juga ada dinyatakan di dalam Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2012 Perenggan 2(ii).
  • Oleh yang demikian tanah termasuk di dalam kategori aset tak alih kerajaan.Last Updated (Friday, 15 March 2013 17:05)